Alfa Romeo dari Itali, wujud pada tahun 1910. Menggunakan trandmark ular. Bercadang memasarkan pelbagai jenis ular di pasaran global.
Dodge dari USA. Diasaskan pada 1900. Akan memasarkan kambing biri-biri, kambing gurun, kambing hutan dan macam-macam lagi lah. Sasaran jualan yang tinggi pada hari raya korban.
Austin Martin dari Great Britain. Diasaskan pada 1913. Akan memasarkan burung-burung untuk industri penerbangan.
Lamborghini juga dari Itali. Wujud pada 1966. Akan menternak lembu. Sekali gus dapat memasarkan susu segar pada pasaran tempatan. Juga akan menerima permintaan yang banyak pada hari raya korban untuk lembu-lembu korban.
Peugeot dari Perancis. Diasaskan pada 1810. Akan menjadi pengusaha pembiakan singa yang semakin pupus. Singa-singa tersebut akan diternak dan dijinakkan supaya manusia dan singa dapat hidup antara satu sama lain.
Saab dari Sweden. Wujud pada 1937. Juga mengambil Singa sebagai perniagaan utama. Bukan untuk dijual, tapi menjadikannya sebagai penghibur di sarkes - sarkes.
Porsche dari Jerman. Wujud pada 1931. Kuda akan menjadi pengeluar utama bagi syarikat ini.
Ferrari juga dari Itali (dah 3 dah kereta dari Itali). Juga akan mengeluarkan produk daripada kuda. merupakan pesiang utama bagi Porsche, tapi kuda-kuda yang dihasilkan adalah kuda yang berkualiti tinggi dan paling laju dalam kalangannya.
Jaguar dari UK. diasaskan pada 1922. Tidak mempunyai perancangan masa depan kerana sudah muak dengan perniagaan. Akan tetapi syarikat ini akan menjadi badan yang menjaga asasi hidupan liar terutama Jaguar yang semakin pupus.
Dan akhir sekali, Proton dari MALAYSIA..wohooo...Wujud pada 1983. dengan trandmarknya yang menggunakan Harimau, syarikat ini tidak akan tutup kedai kerana Harimau akan menjadi branding untuk Harimau Malaya, Harimau biru, dan macam-macam lagi Harimau. Syarikat inilah yang bakal bersaing dengan syarikat-syarikat di atas meninggalkan syarikat dari Jepun yang gagal bertahan akibat sering dilanda tsunami.
No comments:
Post a Comment