"waaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrggg......aku giler tembak...........tembak,tembak, bang,bang,bang,..."
abg rembo ni main tembak-tembak cambest je.
Salam dunia geng, pernah tak korang semua rasa feel menembak? bagi budak yang penah pergi PLKN mesti pernah pegang M16 kan. Best tak hingat. Tapi kalau cam aku yang tak dapat mana nak rasa. Feel main counter strike tu pernah lah.
Kali ini aku akan tunjukkan camne nak menembak tanpa rase bersalah, tanpa perlu ambik lesen menembak, tanpa rase segan silu. Software yang digunakan kali ini adalah Sony Vegas Pro 8.0.
Software ini agak mudah digunakan selain banyak function cam yang pro selalu pakai. Ada juga software yang gempak dan menarik yang mempunyai plugin effect yang lebih baik seperti Adobe After effect, tapi itu lebih rumit untuk digunakan.
"sebelum mulakan, baca bismillah dlu...."
OK, mula2 korang kena rakam aksi menembak. Lepas tu macam biasaq ar..
mula2 open file, pilih video yang korang dah rakam dengan aksi lakon tembak2.
paparan akan jadi begini dengan 2 track satu track video dan satu lagi track audio.
pergi ke bahagian track, click kanan pada dan pilih insert video track. Lepas tu akan muncul lah track yang ketiga.
Untuk track yang ketiga adalah untuk meletakkan flare tiruan. Pergi pada open file, dan pilih gambar muzzle flare yang korang ada. kalau takde search je image muzzle flare kat google.
ok, track yang akan ditindih diletakkan yang paling atas sekali.
skg, pergi pada image flare, click pada Event FX.
cari effect sony chroma keyer, click add pada bahagian kanan dan click ok.
adjust warna yang hendak dihilangkan. Paling senang, click pada pick color from screen dan click warna hitan yang ada pada image flare di preview.
warna hitang akan hilang dan dinimbulkan footage background.
kalau masih kurang lagi, adjust lowtreshold, high treshold dan blur ammount supaya hanya dapat memaparkan apa yang dikehendaki saja.
selesai FX, click pada event/pan crop
select NO pada maintain as..pada source supaya footage mengikut ratio frame yang ditetapkan.
click pula even/pan crop pada flare.
rotate kan image supaya berada pada posisi yang betul.
drag kan ....seperti arow di atas untuk zoomkan time line.
drag time line ruler ke scene yang menunjukkan korg tengah menembak dan timing masa peluru keluar.
letakkan image flare pada timing tersebut. seterusnya, drag pada hujung image, jadikan time image itu lebih pendek.
seterunya, drag ......bar menjadi lebih pendek lagi. click pada event/pan crop pada image.
drag kan pada ruangan F untuk meletakkan flare betul2 pada muncung pistol.
tarik lagi image supaya lebih pendek.
selesai satu peluru. untuk peluru yang lain, copy je image yang dah siap tadi...
...dan paste kan pada scene lain masa peluru nak keluar.
hasilnya jadi macam ni. untuk setiap timing peluru keluar, posisi mucung akan lari. jadi setiap flare hendaklah diadjust pada event/pan crop pada posisi yang sepatunya.
Beginilah hasilnya bila dan render. jika ada sebarang pertanyaan, pandangan dan pendapat, sila isi ruangan komen di bawah. click dlu comment.
hehehehe..oww lau buat kuasa saiyah pon blh buat la ek..hehehe =)
ReplyDeleteweh cube la join contest nih...blh tmbh2 membe..
ReplyDeletehttp://www.akusyafrina.blogspot.com/
projek aku akn dtg aku nk bt effect cam naruto..haha
ReplyDeletehahaha~ gerek seyh sapik..
ReplyDeleteterbaek.. bak kate ruby~
semoga ko berjaya menjadi naruto.. teruskan usaha~ gud luck..