Klik Di sini..

Monday, April 25, 2011

Siri Juvana TV3 Cambest gileq Gempaq

pernah aku impikan nak buat satu cerita berkenaan dengan budaya budak sekolah menengah yang agak nakal dan sosial yang biasa berlaku di sekolah harian di Malaysia. Paling tidak gejala poteng, gaduh, merokok, bohsia dan macam-macam lagi lh yang kita sendiri pernah alami di sekolah dulu. tetapi akhirnya ada pengajaran dan sebab kenapa mereka menjadi begitu. Idea aku ni tercetus lepas menonton filem dari Jepun tajuk Crow zero dimana sebuah sekolah jahat yang pelajarnya datang bukan untuk belajar tapi buat perkara yang melanggar undang-undang. 



Baru sebentar tadi aku menonton siri drama melayu arahan Faizal Ishak dari Filmscape Production yang pernah menghasilkan drama paling gempak dulu Nur Kasih. Start pukul 9 malam aku dengan adik beradik aku dh ambil posisi masing-masing kat depan tv. Disebabkan tengok promo drama ni kat tv cambest, jadi aku pun tak lepaskan peluang ni untuk tonton episod pertama juvana ni. 

Episod pertaman menceritakan tentang watak utama Daim yang dituduh membunuh ibu kandungnya sendiri dan dibawa masuk ke sekolah bukan kerajaan bernama Sekolah Pemulihan Ahklak Wira Bakti. Disana bermula titik hitam bagi Daim yang bertemu dengan En Raja seorang warden di sekolah itu, Apek sahabat Daim bertemu ketika dalam perjalanan ke sekolah ini, Botak ketua budak jahat yang menjadi mimpi ngri bagi Daim, Nadia anak Mak Wan tukang masak kantin dan ramai lagi. 

Aku membayangkan dan mengharapkan sesuatu yang berani yang jarang di pertontonkan kepada khalayak. Seperti bila gaduh, bertumbuk biar nampak real tanpa nak berselindung atau dipotong atau dialihkan pan camare ke tempat lain. Cerita yang suspen supaya orang tertanya-tanya, jalan cerita sebegini memerlukan daya pemikiran dan olahan jalan cerita yang kreatif supaya orang tidak bosan dan mudah sangat mengagak jalan cerita seterusnya. Aku suka drama ni mungkin kerana ia lari dari cerita-cerita melayu sekarang yang banyak memainkan seperti cerita cinta, ketamakan merebut harta, komedi dan macam-macam lagi lah. Seolah-olah sudah ketandusan idea untuk membuat cerita yang lebih kreatif. Drama seperti ini sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran orang supaya lihat apa yang berlaku dari sudut mereka yang ditindas dan kehidupan pelajar juvana. kerana mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Teknik angle camera dalam drama ini aku sangat berkenan dan kreatif. aku suka olahan yang dilakukan supaya drama tidak nampak biasa. Ditambah effect warna atau color correction yang diletakkan pada scene yang betul lebih menampakkan kesan yang menarik dan tidak cacat dipandang. Opening pula sangat cantik, kena dengan lagu OST. fuhhh..tak sabar rasanya nak tengok episod minggu depan..hehe

No comments:

Post a Comment