Klik Di sini..

Thursday, February 17, 2011

Kaca mata 3D

"al-fatihah buat atok Hj Samingon Bin Sarijan yg telah kmbali menyahut seruan ilahi pada 14 febuari 2011, Isnin pukul 12.50am."



Salam Ceria kawan-kawan. Blog kali ini di post lambat sikit kerana aku sibuk dan kerana aku balik ke kampung halaman di pontian sebab atok aku meninggal dunia hari isnin lepas.

"sedihh...huhu..."

Sekarang dah banyak filem-filem luar negara yang memaparkan bentuk filem mereka dalam 3D. Ini semua adalah bertujuan untuk memberi kesan khas yang lebih realistik. Kesan 3D ini akan kelihatan seolah-olah timbul dan latar belakangnya tenggelam. Biasanya setiap paparan akan memaparkan dua warna yang bertindih iaitu warna cyan dan magenta.





Untuk menonton filem 3D, sebuah kaca mata khas diperlukan yang dipanggil 3D glasses. Kaca mata ini mempunyai 2 warna cyan di kanan dan magenta di kiri. Fungsi kaca mata ini adalah untuk menapis warna tersebut supaya dapat menonjolkan effect yang dikehendaki.



Jika kita ingin menonton filem effect 3D di panggung wayang, harga tiket mungkin mahal sikit. Sekarang youtube telah membuat satu inisatif untuk penonton menonton video 3D di youtube. 


kita dapat lihat, sebaris dengan play dan pause button terdapat 3D setting bagi setiap video yang diupload untuk paparan 3D. Anda perlukan sebuah kacamata 3D untuk menonton video yang mempunyai effect 3D jika tidak effect tersebut tidak akan berhasil. 

Jika anda tiada kaca mata 3D, tiada masalah. cuba tonton video di bawah jika anda berminat.



sebarang komen atau pendapat atau anda telah membuat video 3D sendiri sila lah komen di bawah.

No comments:

Post a Comment