Hari ini, mungkin sudah terpalit menjadi antara sejarah hitam buat diriku. Aku rasa lemah sangat, badan aku tak bermaya, aku hilang punca dan arah. aku tak tau apa yang aku buat ini betul atau pun tidak. aku rasa sangat bersalah padanya sekarang. aku menangis, menangis hingga aku tertidur.
hari ini 7/4/2013, aku nekad untuk berjumpa dengannya. dengan hati yang pedih aku cuba untuk mencari ayat terbaik untuk aku jelaskan pada dia. aku datang ke kawasan rumahnya dengan tujuan untuk menyampaikan hasrat aku dan untuk menjeaskan kepadanya tentang apa yang terjadi sejak kebelakangan ini. aku tiba die tepi rumahnya...
saat selepas aku menghantar pesanan ringkas padanya aku sudah pun di pekarangan rumahnya, aku disuruh tunggu. agak lama juga menunggu. menunggu di dalam kereta. aku cuba untuk tidak mahu menatap mukanya lalu aku tunduk di hadapan steering kereta sambil menunggu ketibaannya. dalam aku sedang membayangkan ketibaannya, tiba-tiba kereta aku di ketuk. rupanya dia sudah sampai. aku menatap juga mukanya, dia tersenyum melihat aku. aku tak mampu untuk meriaksikan expresiku padanya sebab jiwaku mempunyai rasa bersalah terhadapnya. ingin sekali aku memeluk dia saat itu. ingin sekali aku memegang tangannya akibat kerterlaluan rindu padanya. aku cuma bermasam muka dan tunduk. itu saja yang aku mampu buat. aku tidak ada kekuatan untuk melihat mukanya dengan memberi muka keceriaan sedang hati aku sedang parah dan berat kerana hajat aku datang untuk berjumpanya.
ketika dia masuk kedalam kereta, dia tersenyum, lalu diberi sebungkus kotak hadiah. aku tak tau sebab apakah dia memberiku hadiah. aku terima tapi dengan berat hati terima. aku tau mungkin ada sesuatu yang dia sembunyikan dengan memberi aku hadiah secara tiba-tiba. suasana terdiam, aku tak tahu apa yang nak dibicarakan. air mata aku sedikit mengalir mengenangkan perkara yang akan aku jelaskan padanya.
penjelasan dibuat. berjurai-jurai airmataku mengalir. aku cuba menutup mataku dengan harapan aku tak mahu dia melihat aku menangis. haha..lelaki menangis.. memang, lelaki menangis bukan suatu yang mudah untuk orang lihat. tapi aku menangis kerana dah tak tahan sebak aku dalam memberi penjelasan padanya. aku hanya mampu menahan kadang-kadang supaya tidak terlalu ketara sangat yang aku menangis didepanya.
NADIA..
dia lah cinta hatiku, dialah jiwaku, dialah nyawaku. dialah orang yang sanggup menentuh cintaku. dialah yang sanggup bersamaku, dialah orang yang sangat memahami aku tatkala aku banyak kali mengherdik dia yang dia tak memahami aku sebaliknya sebenarnya dialah orang yang banyak bersabar dengan aku. berat hati aku untuk melepaskannya. aku terpaksa melepaskannya demi kebaikan dia. aku tahu selama ini dia banyak bersabar demi aku yang ego ni. aku sebenarnya yang banyak buat salah terhadap dia. tapi aku sendiri pula yang selalu meletakkan kesalahan aku sendiri padanya. nadia kau dah banyak menderita kerana aku, kau pergi lah tinggalkan aku, aku redah...
B,abg tahu b sangat sayangkan abang sebab tu b buat semua ni untuk abang, kan.. abang dah baca surat b, abang tak tau b banyak sangat bekorban untuk abang, selamani abang tak nampak pun apa yang b buat sehingga abang sendiri tak pernah nak hargai b. B percayalah, abang bukan orang yang sanggup mempersia-siakan perngorbanan orang lain, abang sangat hargai b, abang sebenarnya bahagia sangat dengan b, abang sayang sangat-sangat kat b, abang cintakan b, abang nak jadikan b seorang isteri yang halal buat abang. tapi keadaan tak mengizinkan. abang terpaksa memikirkan keluarga abang. abang rase bersalah sangat kat mak abang. walaupun mak tak minta pun abang bantu dia, tapi abang sebagai seorang anak lelaki sulung, patut ke abang tak buat apa-apa. patut ke abang pentingkan diri sendiri. abang nk betulkan diri abang dulu. B abang minta maaf dari lubuk hati abang yang jauh di dalam sebab abang terpaksa buat keputusan untuk melepaskan b. demi Allah, abang berat sangat untuk membuat keputusan ni. abang tahu b pun sayang kan abang, tapi b silap. bukan abang tak bahagia dengan b, sejak kebelakangan ni abang diam dan tak banyak bercakap, tak senyum dekat b, bukan sebab abang tak bahagia dengan b, tapi abang bersalah dengan b untuk tinggalkan b, abang dalam dilema. abang tahu b faham keadaan abang sekarang sebab tu b pun buat keputusan untuk meninggalkan abang. tapi b, b takperlu lah tunggu abang, jika jodoh b dengan orang lain b terima lah dengan rela. abang redha b dengan semua ni. mungkin kita banyak buat dosa lampau sebab tu hubungan kita menghadapi kesukaran.
maafkan abang b, abang tak minta semua ni. abang tak nak berpisah dengan b, sayang abang kat b sampai bila-bila. jika kita betul-betul ditakdirkan untuk bersama, mungkin sampai masa kita bersatu juga. abang percaya pada jodoh tuhan. sepuluh jari abang susun memohon maaf harap halalkan makan dan minum abang...
No comments:
Post a Comment