warrgg...filem aksi mengegar dunia. Transfomers 3 : Dark of The Moon, sequel ke tiga untuk siri transfomers yang diadaptasi daripada animasi dari jepun dengan tajuk 'Tatakae! Chō Robotto Seimeitai Toransufōmā' iaitu Fight! Super Robot Life Form Transformer. Hasil garapan Micheal Bay ini menampilkan heroin baru Rosie Huntington - Whiteley yang menggantikan Megan Fox yang dikatakan mempunyai masalah dengan pengarah filem ini.
Miss Huntington - Whiteley
Filem ini mengisahkan Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide dan Sideswipe dipimpin oleh Optimus Prime, yang kembali beraksi, mengalahkan Decepticons jahat, yang nekad untuk membalas kekalahan mereka pada tahun 2009's, Transformers: Revenge of the Fallen. Dalam filem baru ini, Autobots dan Decepticons terlibat dalam perlumbaan ruangan berbahaya antara AS dan Rusia, dan sekali lagi manusia Sam Witwicky harus datang memberi bantuan untuk rakan robot-nya. Ada watak baru juga, termasuk penjahat baru dalam bentuk Shockwave, watak Transformers tua yang menguasai Cybertron semasa Autobots dan Decepticons bertempur di Bumi.
Filem ini pasti hebat. Selain daripada kesan CGI yang dihasilkan, kesan audio juga mengninggalkan impak besar kepada penonton. untuk suatu paparan yang menarik, bunyi kene gempak. Bila menonton di panggung wayang nanti, hayatilah kesan bunyinya dengan fungsi Dolby Surround. Baru dung,dung ceng..
Ini adalah triller transfomers 3 yang dijangka akan ditayangkan pada musim panas 1 Julai 2011 kat Amerika nanti. Kat Malaysia tak tau bila..
No comments:
Post a Comment