Klik Di sini..

Friday, April 1, 2011

Orang yang memandu secari GILA & MERBAHAYA kembali lagi dalam siri ke 5

"jiwe ku jiwe kelajuan...aku nk bwk krete laju2...wahahah

Selamat Semua Diucapkan kepada semua yang selamat dan selamat datang ke entri ku ini semoga anda semua selamat dalam membaca. kepada yang memandu, selamat memandu. Dan kepada yang tengah makan, selamat Mencekik..haha..


gileq ahh..tak sangka pula aku yang fast furious ade sequel yang ke 5. aku memang peminat cerita ni sebab ada kerata..haha.. aku ingatkan cukup je sampai yang ke 4 sebab yang ke 4 brian O Conner nekad untuk lepaskan Domenic yang dijatuhi hukuman penjara atas pelbagai kesalahan. Dan...sambungannya barulah ke sequel yang ketiga iaitu fast furious tokyo drift yang mana Domenic muncul pada akhir cerita. aku sangka domenic terus lari ke Jepun.. rupanya ada lagi kerja jahat yang Domenic buat. tak sangka pula dari trailer yang ditayangkan, Brian O Conner juga jadi pelarian sama

"ni pakcik nk ceritera skit..."

Van Diesel dan Paul Walker ketuai reunion semua star dalam setiap siri didalam filem Fast Five. Kali ini, bekas polis, Brian O Conner(Paul Walker) dan partnernya Domenic Toretto (Van Diesel) menentang undang-undang negara. Dwayne Johnson bergabung memenuhi permintaan Jordana Brewster, selain Chis Ludacris Bridges, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, Tego Calderon dan Don Omar.

Sejak Brian dan Mia Torreto (Brewster) berjaya melarikan Dom daripada tahanan, mereka melarikan diri ke beberapa sempadan untuk mengelakkan diri daripada pihak berkuasa. Sekarang, mereka kembali ke penjuru Rio de Janeiro dan mereka perlu menyelesaikan tugas terakhir sebagai tebusan untuk kebebasan mereka. Setelah menubuhkan team elite sebagai top racer, mereka tidak sebulu dengan sekutu orang jahat yang biasa hanya tahu menembak untuk mendapatkan ganjaran lumaian daripada bisnesman yang memakan rasuah yang mahu mereka mati.

Agen persekutuan Luke Hobbs(Johnson) adalah seorang pihak berkuasa yang tidak pernah terlepas daripada sasarannya. Apabila dia ditugaskan untuk memburu Dom dan Brian, Dia dan skuad nya melancarkan pemburuan berhabis-habisan untuk menangkap mereka. Tetapi semasa tiba di Brazil, Hobbs sedar dia tidak boleh memisahkan orang baik dari melakukan kejahatan. Sekarang dia perlu mengikut nalurinya untuk membackup mereka, sebelum orang lain memburu mereka.



No comments:

Post a Comment