Klik Di sini..

Monday, April 25, 2011

Siri Juvana TV3 Cambest gileq Gempaq

pernah aku impikan nak buat satu cerita berkenaan dengan budaya budak sekolah menengah yang agak nakal dan sosial yang biasa berlaku di sekolah harian di Malaysia. Paling tidak gejala poteng, gaduh, merokok, bohsia dan macam-macam lagi lh yang kita sendiri pernah alami di sekolah dulu. tetapi akhirnya ada pengajaran dan sebab kenapa mereka menjadi begitu. Idea aku ni tercetus lepas menonton filem dari Jepun tajuk Crow zero dimana sebuah sekolah jahat yang pelajarnya datang bukan untuk belajar tapi buat perkara yang melanggar undang-undang. 



Baru sebentar tadi aku menonton siri drama melayu arahan Faizal Ishak dari Filmscape Production yang pernah menghasilkan drama paling gempak dulu Nur Kasih. Start pukul 9 malam aku dengan adik beradik aku dh ambil posisi masing-masing kat depan tv. Disebabkan tengok promo drama ni kat tv cambest, jadi aku pun tak lepaskan peluang ni untuk tonton episod pertama juvana ni. 

Episod pertaman menceritakan tentang watak utama Daim yang dituduh membunuh ibu kandungnya sendiri dan dibawa masuk ke sekolah bukan kerajaan bernama Sekolah Pemulihan Ahklak Wira Bakti. Disana bermula titik hitam bagi Daim yang bertemu dengan En Raja seorang warden di sekolah itu, Apek sahabat Daim bertemu ketika dalam perjalanan ke sekolah ini, Botak ketua budak jahat yang menjadi mimpi ngri bagi Daim, Nadia anak Mak Wan tukang masak kantin dan ramai lagi. 

Aku membayangkan dan mengharapkan sesuatu yang berani yang jarang di pertontonkan kepada khalayak. Seperti bila gaduh, bertumbuk biar nampak real tanpa nak berselindung atau dipotong atau dialihkan pan camare ke tempat lain. Cerita yang suspen supaya orang tertanya-tanya, jalan cerita sebegini memerlukan daya pemikiran dan olahan jalan cerita yang kreatif supaya orang tidak bosan dan mudah sangat mengagak jalan cerita seterusnya. Aku suka drama ni mungkin kerana ia lari dari cerita-cerita melayu sekarang yang banyak memainkan seperti cerita cinta, ketamakan merebut harta, komedi dan macam-macam lagi lah. Seolah-olah sudah ketandusan idea untuk membuat cerita yang lebih kreatif. Drama seperti ini sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran orang supaya lihat apa yang berlaku dari sudut mereka yang ditindas dan kehidupan pelajar juvana. kerana mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Teknik angle camera dalam drama ini aku sangat berkenan dan kreatif. aku suka olahan yang dilakukan supaya drama tidak nampak biasa. Ditambah effect warna atau color correction yang diletakkan pada scene yang betul lebih menampakkan kesan yang menarik dan tidak cacat dipandang. Opening pula sangat cantik, kena dengan lagu OST. fuhhh..tak sabar rasanya nak tengok episod minggu depan..hehe

Friday, April 1, 2011

Orang yang memandu secari GILA & MERBAHAYA kembali lagi dalam siri ke 5

"jiwe ku jiwe kelajuan...aku nk bwk krete laju2...wahahah

Selamat Semua Diucapkan kepada semua yang selamat dan selamat datang ke entri ku ini semoga anda semua selamat dalam membaca. kepada yang memandu, selamat memandu. Dan kepada yang tengah makan, selamat Mencekik..haha..


gileq ahh..tak sangka pula aku yang fast furious ade sequel yang ke 5. aku memang peminat cerita ni sebab ada kerata..haha.. aku ingatkan cukup je sampai yang ke 4 sebab yang ke 4 brian O Conner nekad untuk lepaskan Domenic yang dijatuhi hukuman penjara atas pelbagai kesalahan. Dan...sambungannya barulah ke sequel yang ketiga iaitu fast furious tokyo drift yang mana Domenic muncul pada akhir cerita. aku sangka domenic terus lari ke Jepun.. rupanya ada lagi kerja jahat yang Domenic buat. tak sangka pula dari trailer yang ditayangkan, Brian O Conner juga jadi pelarian sama

"ni pakcik nk ceritera skit..."

Van Diesel dan Paul Walker ketuai reunion semua star dalam setiap siri didalam filem Fast Five. Kali ini, bekas polis, Brian O Conner(Paul Walker) dan partnernya Domenic Toretto (Van Diesel) menentang undang-undang negara. Dwayne Johnson bergabung memenuhi permintaan Jordana Brewster, selain Chis Ludacris Bridges, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, Tego Calderon dan Don Omar.

Sejak Brian dan Mia Torreto (Brewster) berjaya melarikan Dom daripada tahanan, mereka melarikan diri ke beberapa sempadan untuk mengelakkan diri daripada pihak berkuasa. Sekarang, mereka kembali ke penjuru Rio de Janeiro dan mereka perlu menyelesaikan tugas terakhir sebagai tebusan untuk kebebasan mereka. Setelah menubuhkan team elite sebagai top racer, mereka tidak sebulu dengan sekutu orang jahat yang biasa hanya tahu menembak untuk mendapatkan ganjaran lumaian daripada bisnesman yang memakan rasuah yang mahu mereka mati.

Agen persekutuan Luke Hobbs(Johnson) adalah seorang pihak berkuasa yang tidak pernah terlepas daripada sasarannya. Apabila dia ditugaskan untuk memburu Dom dan Brian, Dia dan skuad nya melancarkan pemburuan berhabis-habisan untuk menangkap mereka. Tetapi semasa tiba di Brazil, Hobbs sedar dia tidak boleh memisahkan orang baik dari melakukan kejahatan. Sekarang dia perlu mengikut nalurinya untuk membackup mereka, sebelum orang lain memburu mereka.



Wednesday, March 30, 2011

Apakah option kualiti yang ORI di youtube?

"Bz gleq..bersawang blog ni.."

Salam ceria semua..video yang baik mestilah yang berkualiti tinggi. Kadang-kadang bila kita menonton video di youtube, video yang menarik pun jadi tak menarik kerana kualiti gambar yang di gunakan kurang memuaskan.

sejak 9 Julai 2010, youtube telah memperkenalkan pilihan kualiti original pada video di youtube. Jika video di youtube ada option tersebut maka ia telah diupload dengan resolusi tinggi dari 1080p(1920x1080). Antara contoh resolusi biasa digunakan seperti 2K (2048x1152), dan 4K(4096x2304). Apabila video diupload dengan resolusi tinggi daripada 1920x1080, ia akan mendapat option qualiti (240p,360p,480p,720pHD, 1080pHD juga original).sebagai contoh lihat image di bawah:


Disebabkan 4K mempersembahkan kualiti video paling tinggi, terdapat beberapa had yang perlu dikenal pasti. Biasanya, video kamera yang di shoot dalam 4K atau 2 K bukannya murah, dan projektor yang dipaparkan untuk video dalam 4K atau 2K sangat tipikal. Menonton video sebegini punya resolusi memerlukan super fast damn laju gile pnye  broadband. Kalau tidak alamat buffering memanjang ler.

Ini antara contoh video yang diupload dalam 4K di youtube.



Sebarang komen boleh salurkan di ruang komen di bawah.

Saturday, March 19, 2011

Effect dalam Hikayat Merong Mahawangsa tak menjadi...

"caya lh abg yus..mmg trick abg nk tarik audience mnjadi..buat promo gempak2 bg org trtnye2..msti org nk g tgk kn..bile dh tgk rse...ish...malu lh nk ckp.."



 "Aku dah tgk dh filem ni. Tak tau nak cakap ape dah..banyak critic daripada komen memuji."

Apa yang bagusnya dengan wujudnya cerita cenggini, pelajar sekolah lebih berminat untuk belajar sejarah di sekolah yang sebelum ini mengangap subjek sejarah amat membosankan. Ini kerana mereka hanya membaca dan tidak dapat membayangkan suasana yang diceritakan didalam buku teks sekolah tersebut. Hikayat Merong Mahawangsa ini adalah berkenaan dengan sejarah pembukaan negeri Kedah pada awalnya sebelum terbentuk kerajaan  Langkasuka dan Kedah Tua. Tempatnya yang strategik terlindung daripada angin monsun menjadikan tempat yang paling sesuai sebagai persinggahan pedagang dari timur dan barat. 

"ckup r cerite sejarah..nnti aku baca lah buku ke ape ke psl sejarah2 ni yek..."

Apa yang aku nak komen pasal filem KRU ni, cerita memang gempak, aku suka dari segi prop, costum, tapi dari segi keaslian dan ke neutralan cerita tu kureng ar cha..banyak persoalan yang bermain di minda ku ini..

ini antara persoalan nyer:
*kenapa tak ambik hero melayu jadi hero?
*kenapa watak jihan miskin tak berdialog? malah mase die jerit pun x kuarkn suare die..cam die tak de pn xpe..
*kenapa kapal dari empire rom dan cina nampak macam bot tokang? kan sepatutnye dorg gune kapal besar dah nama pn dari empire takkan kapal kecik je gune untuk belayar jauh.
*kenapa orang2 cina dalam cerita ni x berckap dalam bahasa cina bila bebual sesama org cina? cam scene putri cina dgn inangnya, bleh plak speaking. pastu laksamananye pun speaking cam dah biasa g ngeri barat x dgr lnsung bunyi pelat cina nye.
*kenapa khemah yang org cina guna masa dh mendarat kt pntai tu nmpk cm khmah konopi zmn skrang?
*kenapa merong boleh ade note pasal prinsip Archimedes yang digunakan utk pntulkn chya yang die ckp ayh die yang bg..knp plak ayah die bg note tu??
*kenapa effect taufan macam hujan renyai je.
*kenapa steve rahman bila bckp melayu macam kaku.
*kenapa boleh nampak SFX bayang kapal kat atas pemukaan laut yang bergelora. seolah2 cm bayang dlm cermin.
*kenapa ade sstgh scene ade SFX burung helang tgh terbang, sbb klo x perlu pn xpe kot. itu nmpkkn lg effect yg xbrape jd.
*kenapa scene mlm xmcm mlm, cth mse putri cina nk lari, angkatan merong nk serang garuda wktu mlm, seolah2 scene mlm tu dimalam kn. xgelap betul.. xmcm gelap mse merong tgh berbual dgn pak kesum.
* kenapa masa putri cina tgh mndi dlm tub mndi mse tgh blayar air x nmpk cm bergoyang dlm tub tu sdgkn angle cmre mnunjukan kapal tgh terumbang ambing..
*kenapa...kenapa...aku lupe...ermm..byk lg lh yg aku x puas ati yg aku sndri dh lpe..bru tgk skali..

Ini just persoalan dan komen aku lh untuk cerita ini. Bukan aku nak kutuk cerita yang orang melayu buat tak sama macam holiwood. setaip pembikinan mesti ada kritikan supaya tidak membuat kesilapan di masa hadapan.

"tp dh brpe filem KRU aku tgk cm xde improvement je.."

Anyway, good job lah buat KRU kerana berjaya membuat kutipan sebanyak setengah juta pada hari petama tanyang. Dan juga berjaya menerbitkan filem untuk ditayangkan di beberapa negara luar. 





Friday, March 11, 2011

"salam takziah kpd sume kluarga mangsa penduduk di Jepun dan negara yang terlibat dgn tsunami besar 8.9 skala Richter.."

Hari ni bila balik je dari kerje, cam biase aku pun trus bukak lptop aku untuk meng'online'kan diri. Tiba-tiba terkejut dengan info yang keluar kat google,


"Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan."

 aku pun terus lah buka youtube tengok2 kalau ada berita2 yang aku tak tau..lambat lah aku ni..orang dah hantar bantuan dah, yang aku ni baru nak tau cerita..agak menyedihkan bila keadaan yang dirakamkan dan di upload ke youtube dapat lihat keadaan sangat teruk dan tidak diketahui samada mangsa yang terperangkap dalam bencana tersebut terselamat ataupun tidak..




Friday, March 4, 2011

Konvokesyen JKE kali ke13 2011

"aku dah konvo...hahahaha...."



Aku baru je lepas meraikan majlis konvokesyenku dengan mendapat sekeping diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik. Alhamdulillah..turut hadir bersamaku hanya mak aku. ok kat sini aku nak tunjuk lah gambar-gambar aku dan rakan-rakanku masa konvo yang di snap oleh beberapa photographer yang aku tak tau nak ceritakan..haha..




























Ada something yang aku nak complain kat sini. Aku ada buat gambar dengan satu group yang memberi servis mengambil foto untuk satu family dengan single. Yang tak berapa puas hati tu, background tak cantik. Aku tak sedar masa nak ambil gambar tu. sedar bila gambar dah siap n tgk kat rumah background hancur. tak pro lansunglah, harap je kamera mahal. Patut pun takde org dtg gerai dia. Jadi apa yang aku lakukan aku edit sendiri background dia.

tgk lh, background kedut kt bwh. mnyesal aku..huhu

yang ni nmpk sgt senget..huhu..sedih lg..mnyesal kuasa dua...

ni gmbo yg aku dh edit ambi dri gmbo kt atas tukar background n tmbh banner kt bwh. bright kn skit muka. guna Adobe Photoshop CS5.


TAHNIAH KAWAN-KAWAN SEMUA KHAS UNTUK MEMBERS DKE 6A DAN MEMBERS BACTH JAN2010..semoga korg akan lebih maju dan berjaya di masa hadapan..-fiq

Sunday, February 27, 2011

Muzzle Flare tipu

"waaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrggg......aku giler tembak...........tembak,tembak, bang,bang,bang,..."


abg rembo ni main tembak-tembak cambest je.


Salam dunia geng, pernah tak korang semua rasa feel menembak? bagi budak yang penah pergi PLKN mesti pernah pegang M16 kan. Best tak hingat. Tapi kalau cam aku yang tak dapat mana nak rasa. Feel main counter strike tu pernah lah. 

Kali ini aku akan tunjukkan camne nak menembak tanpa rase bersalah, tanpa perlu ambik lesen menembak, tanpa rase segan silu. Software yang digunakan kali ini adalah Sony Vegas Pro 8.0. 



Software ini agak mudah digunakan selain banyak function cam yang pro selalu pakai. Ada juga software yang gempak dan menarik yang mempunyai plugin effect yang lebih baik seperti Adobe After effect, tapi itu lebih rumit untuk digunakan.

"sebelum mulakan, baca bismillah dlu...."

OK, mula2 korang kena rakam aksi menembak. Lepas tu macam biasaq ar..


mula2 open file, pilih video yang korang dah rakam dengan aksi lakon tembak2.


paparan akan jadi begini dengan 2 track satu track video dan satu lagi track audio.


pergi ke bahagian track, click kanan pada dan pilih insert video track. Lepas tu akan muncul lah track yang ketiga.


Untuk track yang ketiga adalah untuk meletakkan flare tiruan. Pergi pada open file, dan pilih gambar muzzle flare yang korang ada. kalau takde search je image muzzle flare kat google.



ok, track yang akan ditindih diletakkan yang paling atas sekali.


skg, pergi pada image flare, click pada Event FX.



cari effect sony chroma keyer, click add pada bahagian kanan dan click ok.


adjust warna yang hendak dihilangkan. Paling senang, click pada pick color from screen dan click warna hitan yang ada pada image flare di preview.


warna hitang akan hilang dan dinimbulkan footage background. 


kalau masih kurang lagi, adjust lowtreshold, high treshold dan blur ammount supaya hanya dapat memaparkan apa yang dikehendaki saja.  


selesai FX, click pada event/pan crop


select NO pada maintain as..pada source supaya footage mengikut ratio frame yang ditetapkan.

click pula even/pan crop pada flare.




rotate kan image supaya berada pada posisi yang betul.


drag kan ....seperti arow di atas untuk zoomkan time line.


drag time line ruler ke scene yang menunjukkan korg tengah menembak dan timing masa peluru keluar.

letakkan image flare pada timing tersebut. seterusnya, drag pada hujung image, jadikan time image itu lebih pendek.

seterunya, drag ......bar menjadi lebih pendek lagi. click pada event/pan crop pada image.

drag kan pada ruangan F untuk meletakkan flare betul2 pada muncung pistol.


tarik lagi image supaya lebih pendek.


selesai satu peluru. untuk peluru yang lain, copy je image yang dah siap tadi...


...dan paste kan pada scene lain masa peluru nak keluar.


hasilnya jadi macam ni. untuk setiap timing peluru keluar, posisi mucung akan lari. jadi setiap flare hendaklah diadjust pada event/pan crop pada posisi yang sepatunya.



Beginilah hasilnya bila dan render. jika ada sebarang pertanyaan, pandangan dan pendapat, sila isi ruangan komen di bawah. click dlu comment.