Klik Di sini..

Sunday, February 27, 2011

Muzzle Flare tipu

"waaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrggg......aku giler tembak...........tembak,tembak, bang,bang,bang,..."


abg rembo ni main tembak-tembak cambest je.


Salam dunia geng, pernah tak korang semua rasa feel menembak? bagi budak yang penah pergi PLKN mesti pernah pegang M16 kan. Best tak hingat. Tapi kalau cam aku yang tak dapat mana nak rasa. Feel main counter strike tu pernah lah. 

Kali ini aku akan tunjukkan camne nak menembak tanpa rase bersalah, tanpa perlu ambik lesen menembak, tanpa rase segan silu. Software yang digunakan kali ini adalah Sony Vegas Pro 8.0. 



Software ini agak mudah digunakan selain banyak function cam yang pro selalu pakai. Ada juga software yang gempak dan menarik yang mempunyai plugin effect yang lebih baik seperti Adobe After effect, tapi itu lebih rumit untuk digunakan.

"sebelum mulakan, baca bismillah dlu...."

OK, mula2 korang kena rakam aksi menembak. Lepas tu macam biasaq ar..


mula2 open file, pilih video yang korang dah rakam dengan aksi lakon tembak2.


paparan akan jadi begini dengan 2 track satu track video dan satu lagi track audio.


pergi ke bahagian track, click kanan pada dan pilih insert video track. Lepas tu akan muncul lah track yang ketiga.


Untuk track yang ketiga adalah untuk meletakkan flare tiruan. Pergi pada open file, dan pilih gambar muzzle flare yang korang ada. kalau takde search je image muzzle flare kat google.



ok, track yang akan ditindih diletakkan yang paling atas sekali.


skg, pergi pada image flare, click pada Event FX.



cari effect sony chroma keyer, click add pada bahagian kanan dan click ok.


adjust warna yang hendak dihilangkan. Paling senang, click pada pick color from screen dan click warna hitan yang ada pada image flare di preview.


warna hitang akan hilang dan dinimbulkan footage background. 


kalau masih kurang lagi, adjust lowtreshold, high treshold dan blur ammount supaya hanya dapat memaparkan apa yang dikehendaki saja.  


selesai FX, click pada event/pan crop


select NO pada maintain as..pada source supaya footage mengikut ratio frame yang ditetapkan.

click pula even/pan crop pada flare.




rotate kan image supaya berada pada posisi yang betul.


drag kan ....seperti arow di atas untuk zoomkan time line.


drag time line ruler ke scene yang menunjukkan korg tengah menembak dan timing masa peluru keluar.

letakkan image flare pada timing tersebut. seterusnya, drag pada hujung image, jadikan time image itu lebih pendek.

seterunya, drag ......bar menjadi lebih pendek lagi. click pada event/pan crop pada image.

drag kan pada ruangan F untuk meletakkan flare betul2 pada muncung pistol.


tarik lagi image supaya lebih pendek.


selesai satu peluru. untuk peluru yang lain, copy je image yang dah siap tadi...


...dan paste kan pada scene lain masa peluru nak keluar.


hasilnya jadi macam ni. untuk setiap timing peluru keluar, posisi mucung akan lari. jadi setiap flare hendaklah diadjust pada event/pan crop pada posisi yang sepatunya.



Beginilah hasilnya bila dan render. jika ada sebarang pertanyaan, pandangan dan pendapat, sila isi ruangan komen di bawah. click dlu comment.

Friday, February 25, 2011

Subscribe Me on Youtube

People Who Inspire You

"what up guys, mystery guitar man here.."


Siapa mamat ni? Apa kaitan dengan editing?..haa..mamat ni lah yang mendorong aku dan juga inspire aku dalam dunia editing. Walaupun dia tak kenal aku tapi aku cukup kenal kehebatan dia...hahaha... Aku suka style, idea dia yang kreatif dan teknik editing yang 'rajin sangat' tu. Dia lebih banyak buat video stop motion yang juga teknik kegemarannya. kebanyakan video dia adalah berkenaan dengan muzik. Trademark dia yang memakai kaca mata hitam bermaskud sesuatu yang misteri.

Nama sebenar dia Joe Penna yang dikenali sebagai Mysteryguitarman di youtube, berasal daripada Brazil yang berhijrah dan menetap Los Angles,USA. Bekas penuntut di University of Massachusetts dalam jurusan perubatan Cardiothoracic surgeon ini lebih minat menghasilkan video daripada menjadi seorang doktor. Hasilnya lebih 1.3 juta subcriber di channelnya sekarang. Agak hebat..

Pernah terlibat dalam menghasilkan beberapa iklan tempatan antaranya Ford Fiesta dan Mac Donald. Video yang paling popular 'Guitar : Imposible'  pernah di letakkan di 'muka hadapan' youtube yang membuatkan dia semakin popular dan menerima viewer terbanyak sehingga 200 ribu kali.


"tgk, betapa rjin nye die edit sume tu..Over 1000 cuts. 6 hours of guitar tabbing. 1 hour of shooting."

Tuesday, February 22, 2011

Transfomers 3 : Dark of the moon


warrgg...filem aksi mengegar dunia. Transfomers 3 : Dark of The Moon, sequel ke tiga untuk siri transfomers yang diadaptasi daripada animasi dari jepun dengan tajuk 'Tatakae! Chō Robotto Seimeitai Toransufōmā' iaitu Fight! Super Robot Life Form Transformer. Hasil garapan Micheal Bay ini menampilkan heroin baru Rosie Huntington - Whiteley yang menggantikan Megan Fox yang dikatakan mempunyai masalah dengan pengarah filem ini.


Miss Huntington - Whiteley

Filem ini mengisahkan Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide dan Sideswipe dipimpin oleh Optimus Primeyang kembali beraksi, mengalahkan Decepticons jahat, yang nekad untuk membalas kekalahan mereka pada tahun 2009's, Transformers: Revenge of the Fallen. Dalam filem baru ini, Autobots dan Decepticons terlibat dalam perlumbaan ruangan berbahaya antara AS dan Rusia, dan sekali lagi manusia Sam Witwicky harus datang memberi bantuan untuk rakan robot-nya. Ada watak baru juga, termasuk penjahat baru dalam bentuk Shockwave, watak Transformers tua yang menguasai Cybertron semasa Autobots dan Decepticons bertempur di Bumi.

Filem ini pasti hebat. Selain daripada kesan CGI yang dihasilkan, kesan audio juga mengninggalkan impak besar kepada penonton. untuk suatu paparan yang menarik, bunyi kene gempak. Bila menonton di panggung wayang nanti, hayatilah kesan bunyinya dengan fungsi Dolby Surround. Baru dung,dung ceng..

Ini adalah triller transfomers 3 yang dijangka akan ditayangkan pada musim panas 1 Julai 2011 kat Amerika nanti.  Kat Malaysia tak tau bila..






Friday, February 18, 2011

Tukar lagu jadi Minus One

"lame tak karok dgn member2..bile nk karok lg yek..."


Salam kasih semua..adakah anda minat berkaraoke? Anda mengalami masalah mendapatkan lagu yang anda gemari di K-Box kegemaran anda. Tidak perlu risau. Post kali ini  akan diajar macam mana nk buang suara vokal dari lagu. Sebenarnya bukan buang lh tapi kurangkan. Walaubagaimanapun masih lagi boleh berkaraoke. Cubalah dulu, tak cuba tak tau..

Mula-mula anda perlua ada software audacity. Jangan risau, anda boleh download dengan mudah dan yang penting ia free. search je kat google.


OK, caranya mudah saja.


open lagu yang anda nak di ubah.


pilih lagu mengikut cita rasa.


sekarang akan terpapar dua spactrum bar dalam satu track.



klik pada arow di track tersebut dan pilih split stereo track.


sekarang track sudah menjadi dua. klik track dibawah, pergi ke effect di bahagian menu bar dan pilih invert.
 

selepas itu klik arow di track dibawah dan pilih mono.


pilih mono juga untuk track di atas.


"hasilnya..tadaaa..Skg aku dh bleh karok..lalalalala.."

begitulah sedikit sebanyak cara-cara untuk mengurang kan bunyi vokal dalam lagu. walaupun bunyi tu tak hilang semua tetapi cukup lah sekadar lepaskan gian.haha..

ok sebarang cadangan dan komen silah komen lah macam biasa..on below..

Thursday, February 17, 2011

Kaca mata 3D

"al-fatihah buat atok Hj Samingon Bin Sarijan yg telah kmbali menyahut seruan ilahi pada 14 febuari 2011, Isnin pukul 12.50am."



Salam Ceria kawan-kawan. Blog kali ini di post lambat sikit kerana aku sibuk dan kerana aku balik ke kampung halaman di pontian sebab atok aku meninggal dunia hari isnin lepas.

"sedihh...huhu..."

Sekarang dah banyak filem-filem luar negara yang memaparkan bentuk filem mereka dalam 3D. Ini semua adalah bertujuan untuk memberi kesan khas yang lebih realistik. Kesan 3D ini akan kelihatan seolah-olah timbul dan latar belakangnya tenggelam. Biasanya setiap paparan akan memaparkan dua warna yang bertindih iaitu warna cyan dan magenta.





Untuk menonton filem 3D, sebuah kaca mata khas diperlukan yang dipanggil 3D glasses. Kaca mata ini mempunyai 2 warna cyan di kanan dan magenta di kiri. Fungsi kaca mata ini adalah untuk menapis warna tersebut supaya dapat menonjolkan effect yang dikehendaki.



Jika kita ingin menonton filem effect 3D di panggung wayang, harga tiket mungkin mahal sikit. Sekarang youtube telah membuat satu inisatif untuk penonton menonton video 3D di youtube. 


kita dapat lihat, sebaris dengan play dan pause button terdapat 3D setting bagi setiap video yang diupload untuk paparan 3D. Anda perlukan sebuah kacamata 3D untuk menonton video yang mempunyai effect 3D jika tidak effect tersebut tidak akan berhasil. 

Jika anda tiada kaca mata 3D, tiada masalah. cuba tonton video di bawah jika anda berminat.



sebarang komen atau pendapat atau anda telah membuat video 3D sendiri sila lah komen di bawah.

Sunday, February 13, 2011

X men : First Class


"huhu..hati gundah gulana.."

Salam perpaduan members..just nak share je kat sini. Aku seorang penggemar filem - filem sains fiksyen. Banyak juga lah filem 'owang putih' yang aku pernah tonton. Juga tak terlepas filem yang berkaitan dengan super hero. Bukan bermaksud aku minat menonton filem super hero yang tak masuk akal ni, tak berfikiran matang dan tak suka tengok cerita yang berkaitan dengan fakta. Dokumentari yang ada kat astro macam Discovery Channel, National Geographic pun aku minat juga.

Tadi masa buka akaun Youtube aku, ada new video yang baru post hari ini di Youtube. X-men : First Class. wah, ni mesti best. Just triller je. Dari video ni aku dapat rumuskan yang ini filem adalah prequel dari filem sebelum ini. Mengisahkan bagaimana asal usul persahabatan antara professor X dengan Magnito yang suatu masa dahulu sebelum Xmen ditubuhkan, mereka bersatu dalam menentang musuh negara.

Sebenarnya X men ni bukan lah jenis super hero yang aku minat. Aku minat menonton semua jenis movie - movie yang berkaitan dengan super hero sebab aku suka tengok effect - effect yang mereka buat supaya nampak real. Memang real. Filem super hero sekarang dah tak macam super hero dulu lagi. Ada yang shoot kat dalam studio kecil je dah nampak macam gempak. Itulah sebab aku kadang - kadang teruja nak menonton. Bukan sebab teruja ada power hebat tapi teruja sebab effect yang mereka buat sangat hebat. Ini sedikit triller yang ada di youtube..OK, nantikan filem Xmen : First Class di pawagam berhampiran anda.


Friday, February 11, 2011

Muka Buah

"hidung gatal lh pulak...ni msti kes makan udang semalam..huhu.."

Salam satu Malaysia kawan-kawan..apa khabar? Di harap anda semua sihat - sihat belaka hendaknya. OK, kali ini, saya ingin berkongsi cerita saya, apa yangg terjadi pada diri saya semasa hari cuti perayaan Tahun Baru Cina. Check it out..

"bai, gua ade story nk story dgn lu org..gua ade mmber lh kan nme die klo x lupe gua so'ot..die mmbr kt tmpt keje gua..die xpnh ckp dgn gua tp gua slalu bebel dgn die..best bai brckp dgn so'ot..die smcm fhm lh feeling aku..stu ari tu kongsi pak choi, die bg gua limau..x byk sbji jek..gua ape lg, bkn maen happy kepalang..gua say thanks lh kat die..die x ckp ape tp snyum je..dh mmg mulut die dicipta utk tersengeh je sjk azali...gua pn bls lh snyum kmbing kt so'ot..pas tu gua blah tgglkan so'ot..dlm ati nk je gua bedal limau tu tp nnti..gua stedy..relax bai..jd org kne cool..gua pn cool lh..smpai je rumh, gua pn start lh projek gua nk bedal limau y so'ot bg..xsmpt gua nk kopek kulit limau tu ttbe jek limau tu ktawe terbahak2..gua dh pelik+cuak+hangin+nk hempas limau tu..tp gua relax..gua pn amati lh buah tu..amat pnye amat gua jmpe mata dgn mulut..tkzut gua..pes time gua jmpe buah ade muke, x gne pnye so'ot....."






"OK, ckup...ape bnde lh aku mngarut ni.."

sebenarnya cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekadar nak kongsi macam mana nak letak muka korang kat buah feveret korang. Pernah dengar tak annoying orange??..best tau..antara channel yang famous kt youtube..just nak share..cuba klik link di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=jvnKybI7fzU&feature=fvst

"palstik surgery kt buah.."

annoying orange tu guna video, tp yang nk dikongsikan kt sini just macam mana nk edit foto. Macam post sebelum ini, saya gunakan software AdobePhotoshop CS5.



mula2 snap gambar buah dengan muka orang

open file kedua gambar tersebut

pilih crop tool 

crop kan pada buah saja.

pilih magic wand tool

klik pada latar belakang buah tersebut dan delete kan.

sekarang latar belakang boleh diubah warna mengikut citarasa.

pergi ke tab muka pula, gunakan elliptical marquee tool. select pada bahagian mata.

paste kan pada buah.

adjust size mengikut citarasa. Lakukan pada mata yang sebelah lagi.

Untuk mulut, gunakan polygonal lasso tools.

Lakarkan pada sekeliling mulut.

Pada buah, adjust size dan letak kan pada posisi yang sepatutnya. Sekarang pilih eraser tools untuk mencantikkan bahagian tepi mulut dan mata.

Buang bahagian yang tidak dikehendaki supaya kelihatan realistik.

Pilih eyedrop tool untuk menentukan warna, klik pada warna buah. 

Pilih Color replacement tools dan warnakan pada sekitar mata dan mulut untuk menukar warna kulit manusia kepada warna kulit buah.



Vualla...camni lh rupaku bila menjadi limau..haha..



limau manderin bertemu annoying orange di KLCC..
hahahahaha....

OK, begitu lah sedikit sebanyak tutorial bagaimana menghasilkan muka buah. sebarang komen, pendapat, cadangan, pertanyaan dan ingin menunjukkan hasil kerja anda lebih baik dari ini, sila hantarkan diruangan komen di bawah ye..saya amat hargai sangat..