Klik Di sini..

Monday, February 7, 2011

Hello Everbody!!!

"haiyaa..pe aku nk ceita kt sni yek..aku xde idea nk cerita lh.."

OK

Apa-apa pun, fiq nak ucapkan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Fiq buka blog ini adalah sekadar ingin berkongsi apa yang fiq tahu, apa yang fiq buat dalam bidang editing ni. 

"kdang2 kite ade idea nk bt tp xtau cmne kn.."

Bidang editing ni biasanya di monolopi oleh pihak-pihak yang mempunyai latar belakang dalam bidang multimedia, grafik dan design, audio dan visual. Fiq bukan lah dalam kalangan kelompok-kelompok tersebut.

"minat aku dlm edit2 ni just suke2 jek.."

Kadang-kadang, menyunting atau melakar dan mencipta suatu design yang kreatif boleh mendatangkan kepuasan dalam diri sendiri. Apabila sesuatu yang kita lakukan itu diambil perhatian oleh pihak lain, kita akan rasa hasil kita itu dihargai. Tidak kira lah samada pandangan yang diberi positif atau sebaliknya menunjukan bahawa kita juga dapat melakukan apa yang orang lain boleh lakukan.

"bkn nk menunjuk der, gua ade bakat, gua kongsi rmai2..hahaha.."

Dalam bidang editing ini, sifat kreatif dan kesabaran itu perlu ada dalam diri. Jika tidak, maka hasil yang dilakukan kurang memuaskan. Belajar daripada yang pakar bukan untuk meniru, tetapi untuk mendapatkan ilmu supaya kita lebih berpengetahuan dalam menghasilkan sesuatu.

" ni seni beb, lu org mne tau sume ni.."

Kat sni fiq akan tunjukan penggunaan Software-software yang berkaitan dengan editing foto, video, audio, dan juga seni menghasilkan sebuah kartun. Contohnya penggunaan adobe photoshop, Sony vegas, Sound Forge, dan adobe flash.

Ini baru permulaan. sekarang pun dah takde idea nak tulis ape lagi..rasenye ckup skadar di pinggiran..ops..skadar disini sje yek..




sebarang pertanyaan, pendapat, boleh salurkan di ruangan komen di bawah yek..

No comments:

Post a Comment