Klik Di sini..

Thursday, April 4, 2013

Bertuah

bila kita fikirkan, semua manusia hidup di dunia ini adalah orang yang bertuah, kerana dalam banyak2 benih yang ditaburkan oleh ayah kita, kita lah yang terpilih. maka semua orang dimuka bumi ini adalah pemenang. aku memilih medium blog kat sini utk meluahkan apa yang tersirat di dalam hatiku ini kerana aku yakin dia xdapat membacanya. yelah, follower pn tak ramai. spe je nk bace cerita mengarut luahan seseorang.

bila aku berkenalan dengan dia, aku rasa aku ni lah insan yang bertuah. selama aku bersama dengan dia, dia adalah seorang yang baik, manis, memahami, pakaian yang molek sedap mata memandang, tak banyak kerenah, xkuat bershoping, x terlalu sosial. aku sgt bertuah sebenarnya cuma kadangan2 aku je yang melebih , aku yang kadang2 tak pernah nk hargai dia. orang tua dia pn dh mengenali aku dan nampak seperti merestui perhubungan kami. mak aku pn nampak boleh menerimanya walaupun pd awlnya aku rase mak aku sdikit tidak menyukainya. aku harap sangat aku dapat bersama dengannya sampai hujung nyawa.

tapi nampak gaya aku terpaksa melupakan hasrat aku utk menikahi dia dalam masa terdekat ni. aku terpaksa memenuhi komitmen aku, aku terpaksa melupakan dia walau berat hati utk melepaskan dia sebab aku sangat sayang kan dia. dia lah jiwa aku, dia lah nyawa aku. aku sanggup buat apa saja demi dia. tapi bila aku sedar keluarga lebih penting daripada dia hanya kerana dia orang luar. aku nak sekali menjadikan dia sebagai sebahagian keluarga aku. tapi bila difikirkan semula apabila aku mengangkatnya sebagai seorang isteri, aku jadi ngeri. mungkin dengan memikirkan tanggungjawab aku sebagai abang sulung kepada 3 orang adik perempuan, yang sudah tidak punya bapa dan tak sanggup lagi nk tgk mak aku bertungkus lumus utk menyara keluarga, baik aku lupakan hasrat aku utk bersamanya. aku harap sangat dia daat faham situasi aku. kecuali jika dia sanggup menunggu aku walau sehingga beberapa tahun lagi. aku akan berusaha menambahkan pendapatan dan membuat simpanan dari sekarang. aku mahu impian aku bersamanya menjadi kenyataan dalam masa yang sama aku dapat mengambil alih tugas mak aku utk menanggung keluarga aku.

No comments:

Post a Comment