setiap kali aku bagun pagi, aku pasti teringatkan die. entah knp aku sangat rindukan die. bile drive ke tempat kerja pastu tak lekang dari fikiranku ni. aku sangat rindukan die. mengenangkan diriku yg begini. entah knp aku pun tak tau. bila sedang bekerja, mungkin org nmpak aku ni slalu bergurau, loyar buruk. disebalik itu aku hanya mampu menahan rasa pedih ni semata aku dapat menumpukan pada kerja aku. sebaliknya bila aku fokus bekerja, masa tu lah fikiran tu kembali belegar di benak. nasib baik lah ade sorang peneman yang tak lekang mengajak berbual, bertanya dan bergurau senda. kalau tak mau aku mengalirkan air mata ketika bekerja. mau emosi aku tak tenteram. mau kerja aku akan terbengkalai.
aku baru je on9 fb dan nmpk ade satu artikel pasal pernikahan waktu belajar. suaminya hanya memberi mahar rm200, tiada hantaran, tiada majlis. cukup sekadar pernikahan yang sah. alangkah bahagianya jika dunia ini betul2 terjadi padaku. dunia dalam kalangan masyarakat melayu sesungguhnya sangat menakutkan aku. perkahwinan cara melayu memang sangat membebankan. aku baca penerangan panjang lebar dalam artikel tu. sungguh, jika aku jauh dari peradaban melayu, aku nk sangat kawin tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. jika orang melayu tidak pandai mengata tidak lah aku derita menahan rindu padanya.
memang semua orang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka. memang kawin sekali dalam seumur hidup. tapi bagi aku itu semua tak mempunyai apa2 makna melainkan pengeluaran duit semata. bukan pelaburan atau perniagaan. jika berbelanja kawin boleh pulang modal aku tak kesah muda-mudi ni kawin besar besaran. jika aku anak orang kaya pun aku mahu kawin besar-besaran. aku mahu orang yang datang kerumahku itu memberikan satu rahmat buat hubungan kami. tapi bagaimana jika aku ni seorang yang tak berkemampuan. cukup sekadar majlis kecilan. panggil orang terdekat saja. asalkan bahagia dikemudian hari.
aku hanya mampu berangan2 agar aku dapat bersatu dengan dia. tapi mungkin bukan jodoh kami.
No comments:
Post a Comment